BH: Akhirnya Keiko dapat baca Al-Quran

August 25, 2010 at 12:32 am (Uncategorized)

Ringkasan:

Keratan akhbar ini menceritakan tentang perjalanan seorang wanita Jepun ke agama Islam. Beliau yang sering berpesta hampir setiap hari 10 tahun yang lalu, telah mendapati hidayah dan menganut agama Islam selepas ibunya telah sembuh daripada sakit barah. Ia juga menceritakan tentang perjalanannya untuk mempelajari bacaan Al-Quran. Teknik bacaan Al-Quran baginya juga diterangkan di dalam keratan ini.

Komentar:

Pada pendapat saya, kebangkitannya dalam mencari makna benar Islam amat berinspirasi. Beliau boleh jadi seorang contoh yang baik bagi orang-orang Melayu/Islam yang masih hanyut ke jalan yang salah. Beliau juga telah memberi makna yang benar kepada perkataan kesabaran. Walaupun dia putus asa pada mulanya, dengan bimbingan ibu mentunya, dia kembali ke pangkah jalan untuk membaca Al-Quran. Dia tidak berputus asa walaupun Al-Quran agak susah untuk dibaca baginya.

Permalink Leave a Comment

Percutian Saya Ke Desaru

July 8, 2010 at 4:37 am (Uncategorized)

Saya ke Desaru pada satu hari mingu di bulan Februari. Saya dan keluarga saya ke sana menaiki kereta. Perjalanan itu memakan lebih lima jam. Kami menginap di Lotus Resort di sana. Kami sekeluarga adalah keluarga yang terakhir untuk sampai. Sepupu kami sudahpun berada di sana. Resort itu ada menyediakan tempat barbeku dan  keluarga yang lain sudahpun mula berbarbeku.

Makanan yang di barbeku semuanya sedap-sedap belaka. Sambil kami makan malam, sepupu saya, Fazle, menyanyikan beberapa lagu untuk kami sambil memainkan gitarnya sebagai hiburan percuma.

Sementara menunggu makcik-makcik dan pakcik-pakcik selesai makan malam, budak-budak kecil bermain beberapa permainan di antara satu sama lain.

Bilik yang kami diletakkan adalah seperti sebuah “mini” apartmen. Saya dan Kak Ngah saya berkongsi sebuah katil dan Ibu dan Ayah saya berkongsi katil yang lagi satu. Kedua-kedua katil itu berada di dalam satu bilik. Kak Long saya dan keluarganya mengambil bilik yang lagi satu. Bilik itu mempunyai katil saiz “king”. Apartmen itu mengandungi dua bilik, dua tandas, sebuah ruang tamu, sebuah dapur dan sebuah veranda.

Hari seterusnya, kami bersiap untuk bersarapan. Sekali lagi, keluarga saya adalah keluarga yang terakhir untuk sampai ke tempat sarapan. Mereka menyediakan beberapa hidangan bufet.

Selepas bersarapan, kami siap untuk bermandi-manda di taman hiburan air di resort itu. Taman itu mempunyai beberapa papan gelongsong air dan lain-lain lagi.

Selepas bermandi-manda di taman hiburan air, kami ke persisiran pantai untuk mengalami aktiviti-akiviti pantai di situ. Ada beberapa aktiviti seperti “Banana Boat” dan “Water Jet Skiing”.

Hari-hari selepas itu banyak yang membosankan. Itulah pengalaman saya ke Desaru.

Permalink Leave a Comment

Keganasan “pretty boy”

May 21, 2010 at 4:15 am (Uncategorized)

Reaksi saya atas berita tentang seorang remaja perempuan yang disepak dan dihentam kawan sekolahnya amat terperanjat apatah lagi selepas saya membaca bahawa budak lelaki ini adalah seorang “pretty boy”. “Pretty boy” adalah remaja-remaja lelaki yang berkelakuan seperti seorang perempuan. Beberapa soalan berkeliling di dalam minda saya. Seperti: Mengapakah budak perempuan ini tidak bertindak ganas balik ke atas kawannya itu?  Budak lelaki itu hanya berani menunjuk ganas kepada seorang perempuan tetapi tidak ada isi untuk bertindak ke atas seorang lelaki. Saya rasa dia hanya hendak menunjuk keganasannya kepada media massa dan budak perempuan itu hanya menolongnya berbuat demikian. Saya rasa ini semuanya adalah lakonan semata.

Permalink Leave a Comment

Berbudi Bahasa

April 16, 2010 at 4:22 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

Lim Bo Seng – Wira Negara Singapura

April 8, 2010 at 1:38 pm (Uncategorized)

Lim Bo Seng adalah anak kepada seorang usahawan yang kaya. Beliau adalah anak yang ke 11 dan anak lelaki pertama.  Beliau berasal daripada negara Cina dan tiba ke Singapura untuk menuntut di Raffles Institution pada umur 16 tahun. Beliau selepas itu melanjutkan pelajarannya di University of Hong Kong. Beliau berkahwin dengan seorang Nyonya bernama Gan Choo Neo.

Lim Bo Seng telah menubuhkan sebuah kuasa tentera anti-Jepun bernama Force 136. Beliau telah menyerahkan nyawanya kerana beliau tidak mahu memberi pegawai Jepun maklumat tentang Force 136 walaupun sudah diseksa.   Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lim_Bo_Seng

Permalink Leave a Comment

Kesenian Melayu

March 4, 2010 at 5:32 am (Uncategorized)

Lukisan batik adalah salah satu kesenian Melayu yang mengagumkan. Kesenian ini tidak perlu kepakaran seorang yang sudah mempunyai pengalaman yang lama di bidang ini. Ia menggunakan teknik ‘wax-resist dyeing’. Batik sutera paling popular dan selalu diminta ramai. Ia memasukkan desain-desain bunga, binatang, orang-orang dan lain-lain lagi. Kami boleh menarik minat para remaja dengan mengadakan sesi-sesi lukisan batik di sekolah sebagai progam kurikulum. Kami juga boleh menjemput seorang pakar batik untuk memberi demonstrasi di sekolah.

Permalink Leave a Comment

Cuti sekolah akhir tahun

October 22, 2009 at 4:03 am (Uncategorized)

Akhir tahun ini, saya akan ke Bintan dan Pahang. Saya akan ke Bintan bersama rakan-rakan NPCC saya. Kami akan berada di sana selama 4 hari. Kami akan melakukan beberapa aktiviti-aktiviti lasak seperti memanjat pokok dan melayar. Kami akan membantu orang kampung di sana. Pada hari terakhir, kami akan membeli-belah. Hari itu lah, hari yang saya akan menantikan. Saya juga akan ke Pahang secara konvoi bersama keluarga saya dan keluarga abang ipar saya. Apa yang kami akan buat masih ditentukan :D

Permalink Leave a Comment

Congkak

September 28, 2009 at 3:45 pm (Uncategorized)

Congkak adalah sesuatu permainan yang melibatkan banyak kiraan. Ia memerlukan dua orang pemain. Ia adalah sesuatu permainan yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Congkak dipercayai berasal dari Afrika dan Arab. Permainan ini dapat dilestarikan dengan pelbagai teknologi yang canggih pada zaman ini. Pelbagai langkah sudah pun diambil untuk mengekalkan kewujudan permainan ini. Satu-satunya langkah adalah menerbitkan sebuah filem seram yang ditajuk ‘Congkak’. Kami juga boleh mengabungkan permainan tradisional dengan permainan-permainan berteknologi masa kini. Ibubapa kanak-kanak pada zaman yang akan datang juga boleh memberitahu anak-anak mereka tentang permainan yang mereka sering main bila mereka kecil dahulu. Bahagian dari permainan ini atau seluruh permainannya boleh dipamerkan di muzium.

Permalink Leave a Comment

Karangan(Kerja Rumah Cuti Sekolah)

June 29, 2009 at 3:08 pm (Uncategorized)

Soalan 4

Tajuk : Berani untuk Bermimpi

      Ramai orang berfikiran bahawa jika kamu cacat, kamu harus berhenti semuanya dan menjadi seserorang yang tidak berputus asa. Tetapi ini bukan ceritanya untuk Nur Ismawaty Ismail,seorang budak berumur empat belas tahun, yang merupakan seorang kaptain kumpulan bola keranjang sekolahnya.

      Ismawaty adalah semua ibubapa (dan lelaki) mimpi-mimpian. Ibubapanya, Ismail Joned dan Norhayati Jamal, telah tunggu selama sepuluh tahun untuk mendapatkan seorang anak. Seorang yang sihat dan dapat beri kegembiraan kepada hidup ibubapanya. Seorang yang boleh dikatakan cahaya mata. Datanglah Nur Ismawaty, seorang bayi yang dilahirkan comel dan selalu bergembira. Ismawaty telah membesar sebagai anak dara yang jelita dan menawan. Beliau takun dalam pelajarannya dan sukannya. Tetapi satu peristiwa telah musnahkan seluruh kegembiraanya.

      Hari itu adalah kejuaraan bola keranjang terakhir. Semua penonton sedang bersorak dengan semangat yang menggelora. Tiba-tiba Ismawaty tersandung dan terjatuh ke lantai, kaki dahulu.

      Peristiwa itu telah menyebabkannya untuk berada di dalam sebuah kerusi roda. Tetapi dia tidak putus asa mencari cara lain untuk bermain bola keranjang sekali lagi sehingga dia telah mendapat jawapan dari sebuah persatuan yang mangajar budak-budak cacat bermain bola keranjang bersama kerusi roda.

      Inilah kisah seorang gadis muda yang tidak berputus asa untuk membuat sesuatu dan terus menceburi dalam bidang yang dia sangat suka.

Permalink Leave a Comment

Tugasan Rumah Elektronik – Dialog Pertarungan Tuah dan Jebat

March 30, 2009 at 4:49 am (Uncategorized)

Tempat: Istana

Masa: 12 malam

Pelakon 1: Hang Tuah                                                                                                                                                                                          

Pelakon 2: Hang Jebat

Keadaan di kampung begitu sunyi dan sepi. Hang Jebat dan Hang Tuah hendak ke Istana untuk berjumpa dengan Sultan. Mereka berdua terserempak dengan gadis muda yang menawan. Mereka bertaruh untuk mendapatkan gadis itu.

Hang Jebat:  Oi Tuah! Kau ingat kau boleh mendapat gadis itu?                                                                                                               

Hang Tuah: Cis! Kau ingat kau kacak sangat ke?                                                                                                                                        

Hang Jebat: Berani kau cakap begitu!(mengeluarkan kerisnya)                                                                                                              

Hang Tuah: Oh. Kau mencabar aku ya!(mengeluarkan kerisnya)

Mereka mula bertarung. Jebat dengan tidak sengaja menikam Tuah. Beliau merayu untuk mendapatkan kawannya balik.

Permalink Leave a Comment

Next page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.