Keganasan “pretty boy”
Reaksi saya atas berita tentang seorang remaja perempuan yang disepak dan dihentam kawan sekolahnya amat terperanjat apatah lagi selepas saya membaca bahawa budak lelaki ini adalah seorang “pretty boy”. “Pretty boy” adalah remaja-remaja lelaki yang berkelakuan seperti seorang perempuan. Beberapa soalan berkeliling di dalam minda saya. Seperti: Mengapakah budak perempuan ini tidak bertindak ganas balik ke atas kawannya itu? Budak lelaki itu hanya berani menunjuk ganas kepada seorang perempuan tetapi tidak ada isi untuk bertindak ke atas seorang lelaki. Saya rasa dia hanya hendak menunjuk keganasannya kepada media massa dan budak perempuan itu hanya menolongnya berbuat demikian. Saya rasa ini semuanya adalah lakonan semata.