Percutian Saya Ke Desaru
Saya ke Desaru pada satu hari mingu di bulan Februari. Saya dan keluarga saya ke sana menaiki kereta. Perjalanan itu memakan lebih lima jam. Kami menginap di Lotus Resort di sana. Kami sekeluarga adalah keluarga yang terakhir untuk sampai. Sepupu kami sudahpun berada di sana. Resort itu ada menyediakan tempat barbeku dan keluarga yang lain sudahpun mula berbarbeku.
Makanan yang di barbeku semuanya sedap-sedap belaka. Sambil kami makan malam, sepupu saya, Fazle, menyanyikan beberapa lagu untuk kami sambil memainkan gitarnya sebagai hiburan percuma.
Sementara menunggu makcik-makcik dan pakcik-pakcik selesai makan malam, budak-budak kecil bermain beberapa permainan di antara satu sama lain.
Bilik yang kami diletakkan adalah seperti sebuah “mini” apartmen. Saya dan Kak Ngah saya berkongsi sebuah katil dan Ibu dan Ayah saya berkongsi katil yang lagi satu. Kedua-kedua katil itu berada di dalam satu bilik. Kak Long saya dan keluarganya mengambil bilik yang lagi satu. Bilik itu mempunyai katil saiz “king”. Apartmen itu mengandungi dua bilik, dua tandas, sebuah ruang tamu, sebuah dapur dan sebuah veranda.
Hari seterusnya, kami bersiap untuk bersarapan. Sekali lagi, keluarga saya adalah keluarga yang terakhir untuk sampai ke tempat sarapan. Mereka menyediakan beberapa hidangan bufet.
Selepas bersarapan, kami siap untuk bermandi-manda di taman hiburan air di resort itu. Taman itu mempunyai beberapa papan gelongsong air dan lain-lain lagi.
Selepas bermandi-manda di taman hiburan air, kami ke persisiran pantai untuk mengalami aktiviti-akiviti pantai di situ. Ada beberapa aktiviti seperti “Banana Boat” dan “Water Jet Skiing”.
Hari-hari selepas itu banyak yang membosankan. Itulah pengalaman saya ke Desaru.














