BH: Akhirnya Keiko dapat baca Al-Quran
Ringkasan:
Keratan akhbar ini menceritakan tentang perjalanan seorang wanita Jepun ke agama Islam. Beliau yang sering berpesta hampir setiap hari 10 tahun yang lalu, telah mendapati hidayah dan menganut agama Islam selepas ibunya telah sembuh daripada sakit barah. Ia juga menceritakan tentang perjalanannya untuk mempelajari bacaan Al-Quran. Teknik bacaan Al-Quran baginya juga diterangkan di dalam keratan ini.
Komentar:
Pada pendapat saya, kebangkitannya dalam mencari makna benar Islam amat berinspirasi. Beliau boleh jadi seorang contoh yang baik bagi orang-orang Melayu/Islam yang masih hanyut ke jalan yang salah. Beliau juga telah memberi makna yang benar kepada perkataan kesabaran. Walaupun dia putus asa pada mulanya, dengan bimbingan ibu mentunya, dia kembali ke pangkah jalan untuk membaca Al-Quran. Dia tidak berputus asa walaupun Al-Quran agak susah untuk dibaca baginya.